Dahulu pernah ku perkatakan
bahawa hidup itu adalah sesuatu yang sentiasa berubah
twalaupun tidak tahu kelajuan putarannya
tapi ianya sentiasa berputar kawan
Dalam setiap perjalanan
kita sentiasa mencipta kisah
suka, duka, tangis, tawa
marah, gembira..
Semuanya berpadu dalam suatu cerita
Persahabatan
Ada kalanya kita berselisih
tapi lebih banyak berbagi kasih
Ada kalanya kita ego
tapi lebih banyak saling memahami
Ada kalanya kita tidak sekepala
tapi lebih banyak kita bergandingan bahu
Jarum jam adalah saksi
berapa lama kita bersama
Bulan dan langit malam adalah saksi
tatkala kita menempuhi penderitaan dan kegembiraan
bertapa bermaknanya seorang kawan
Tapi hidup sentiasa berubaha kawan
Sekali lagi kubilang
Seperti aliran air hujan dalam sajak yang kau sukai
kemana sahaja, aliran itu sentiasa diperlukan
Begitupun kita
Bagaimana pun ia berputar
akhirnya ia menuju pada arah yang sama
kawan
tidak lama lagi
Hari-hari tak akan sama lagi seperti kini
terimalah perubahan itu seadanya
walaupun kau akan terasa perpisahan
akhirnya kau juga kan terbiasa
meskipun tanpa ku disisimu..
*mood...perpisahan sudah menunjukkan taringnya*...T_T
2 comments:
terbaikk la fai:P
haaaa.....fai??/...kahkahkah klakar
Post a Comment