Selawat dan salam Buat junjungan Rasulullah S.A.W
Suatu pagi di hari-hari terakhir Baginda, “kuwariskan dua perara kepada kalian…iaitu Al-Quran dan Sunnahku. Barangsiapa yang mencintai Sunnahku, maka mereka mencintaiku. Dan kelak orang-orang yang mencintaiku…akan masuk syurga Bersama-samaku.”- Rasullulah S.A.W.
KhutBah singkat ini diakhiri dengan Rasulullah S.A.W memandang tenang mata sahabat-sahaBatnya. Kelihatan Abu Bakar r.a. memBa;as pandangan itu dengan mata yang Berkaca. Umar r.a. menahan nafas dan tangisnya dengan Begitu kuat. Uthman r.a. menghela nafas sepanjang-panjangnya. Ali r.. pula menundukkan kepalanya sedalam-dalam yang Boleh. Itulah isyaratnya, saat perpisahan sudah tiBa. “Rasulullah akan meninggalkan kita” – Keluh para sahabat.
Manusia tercinta itu sudah hampir selesai tugasnya di dunia. Tengah hari itu, di rumah Baginda, terdengar suara memberikan salam dan meminta izin untuk masuk menziarahi Baginda Rasulullah. Namun permintaan ini ditolak oleh Fatimah r.a. “ Maafkanlah, ayahku sedang demam.”- Fatimah r.a.
Rasulullah S.A.W. terdengar jawapan Farimah r.a itu. “ Siapakah yang datang itu wahai anakku?”- Rasulullah S.A.W. “ Tidak tahulah ayahku. Tidak pernah kulihat orangnya sebelum ini.”- Fatimah r.a.
Maka jawab Rasulullah S.A.W. “ Ketahuilah, dia itulah yang memisahkan pertemuan di dunia””Dialah Malaikat Maut.” Fatimah r.a. terus menahan ledakan tangisannya. Kerana mengetahui, ajal ayahnya sudah semakin tiba. Malaikat Izrail dan JiBrail datang menghampiri Rasulullah S.A.W. “Wahai JiBril, jelaskan apakah hakku di hadapan Allah nanti?”-Rasulullah S.A.W.
“Pintu-pintu langit telah terBuka ya Rasulullah, para malaikat menanti rohmu””Semua pintu syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.”-JiBril a.s..Ternyata kata-kata JiBril itu tidak membuat Baginda senang, matanya masih penuh dengan kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini ya Rasulullah?”- JiBril a.s.
“KhaBarkan kepadaku Bagaimana nasiB umatku kelak”-Rasulullah S.A.W..”Jangan khuatir ya Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman”-JiBril a.s.”Kuharamkan Syurga Bagi sesiapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah Berada di dalamnya.”
Detik-detiknya semakin tiba. TiBalah saat Malaikat Izrail menjalankan tugasnya. Perlahan-lahan Roh Rasulullah S.A.W. ditarik. Seluruh tubuh Badan Baginda disimBahi peluh. Urat-urat leher Baginda menegang. Perlahan-lahan Rasulullah mengaduh. “JiBril, Betapa sakitnya Sakaratul Maut ini.”-Rasulullah S.A.W.
Fatimah r.a. memejamkan matanya. Ali r.a. di sampingnya menundukkan lagi kepalanya. JiBril a.s. pula memalingkan mukanya. “Jijikkan kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu JiBril?”-Rasulullah S.A.W. Siapakan yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal.”-JiBril a.s. SeBentar kemudian terdengar Rasulullah S.A.W. memekik kerana sakit yang tdak dapat ditahan lagi.
“Ya Allah dasyatnya nian maut ini…timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku..jangan pada umatku.”-Rasulullah S.A.W. Badan Rasulullah S.A.W. mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak Bergerak lagi, BiBirnya Bergetar seakan membisikkan sesuatu maka Bergegas Ali r.a. mendekati BiBir Baginda. Peliharalah solat…”- Rasulullah S.A.W.”dan peliharalah orang-orang lemah di kalanganmu.”Di luar rumah, kedengaran tangisan daripada para sahabat. Fatimah r.a. menutupkan mukanya dengan tangannya dan Ali r.a. mendekatkan lagi telinganya ke BiBir Baginda. “UMATKU….”-Rasulullah S.A.W.
Dan Berakhirlah kehidupan insan mulia yang Bergelar Rasulullah S.A.W.
Kini, mampukah kita menyintai Baginda..seBagaimana Baginda Begitu menyintai kita..Umatnya yang tidak pernah Beliau temui??Lupakah kita akan perjuangan dan pengorbanan Baginda dalam memperjuang dan menjamin kesejahteraan umat manusia setelah zaman Baginda??
Kirimkan kepada sahabat muslim yang lain, agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya
No comments:
Post a Comment