Saturday, January 27, 2018

Aku menangis

Hari itu
Kisah hidup
Disuruh cerita
Untuk ekpresi lelah hidup
Yang menjadikan hari ini

Dipaksa untuk bercerita
Menjadikan hati tidak keruan
Kerana tiada isi
Lidah juga terkelu

Aku titipkan setiap watak
Yang berlalu pergi dalam jalanan hidup
Pengaruhkah mereka dalam membentuk
Setiap perwatakan yang terbina

Menggali gali
Terus menggali
Jawapan cerita masih berpinar
Apakah yang harus aku titipkan
Kisah hidup diri ini

Waktu itu semakin tegang
Keadaan diasak limitnya masa
Air mata jatuh dan jatuh
Tak sedar semakin membanjiri

Sekeliling
Mereka semua pengaruh
Terhadap buruk baik tindakan aku
Kerana itulah aku
Menjadi diri yang sekarang

Dari kecil
Tiada sama dan mungkin sama
Dari kecil
Kenapa mengapa
Sering terdetik untuk setiap keadaan
Yang banyak menyedihkan dari menggembirakan

Dan hari itu
Aku menangis
Tiada kata yang mampu terucap
Sejenis emosi yang aku kuburkan
Terluak dengan terpaksa
Dan aku ingin gali semula untuk kabus kembali
Agar air mata tiada lagi mengalir
Kerana aku penat
Untuk menangis lagi

No comments: